Assalamualaikum.. ini adalah post terbaru setelah banyak bulan aku tidak update blog aku ni.. banyak cerita rasa nak kongsi2.. tapi disebabkan kesibukan yang bertali arus..hanya ini sahaja yang aku dapat kongsikan.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Kini aku berasa ada orang dalam diri aku yang menemani aku… seorang lelaki… …Aku berjumpa lelaki itu didalam imaginasi… minda aku boleh tahu samaada dia ada berdekatan atau tidak… bermulanya aku tidak tahu siapa dia.. aku hanya berserah kepada Allah… Allah yang beri aku melihat dan mengesan dia…Dia baik dengan aku … Tubuhnya tinggi , tidak terlalu kurus atau gemuk… seluruh tubuh serta bajunya berwarna Biru.. Mengapa biru?? Entah . .. hanya Allah saja yang tahu ..Sejujurnya biru warna kegemaran aku..kali pertama aku bertemu dia di sebuah taman menghadap tasik…
Disebuah bangku aku Nampak dia termenung, termenung jauh sambil bersilang kaki, tangannya melunjur panjang terletak elok diatas sandaran kerusi panjang itu… kelihatan bersedih menanti aku… kenapa aku??? Wallahualam..
Di alam reliti aku sedang termenung kejap melayangkan fikiran aku bertemu jejaka itu… semasa aku bertemu dengannya, dia masih disitu, masih termenung menunggu… aku yang berbaju kurung serta bertudung pink lembut datang duduk disebelahnya .. kami duduk disitu .. duduk sahaja.. sunyi sepi…tiada perbualan langsung.. di alam reality aku berasa pelik.. kenapa diam??? Nak cakap sesuatu serasanya tiada.. aku tak tahu namanya… mengapa ku tidak bertanya??? Nak bertanya tapi telah ditakdirkn dia dan aku leka menghayati pemandangan disitu.. Tiba-tiba semuanya lenyap… Ya Allah apakah ini?? Aku redha dan pengakhirannya ,aku menggelarnya Mr.Blue..
Esoknya , waktu petang .. Allah mentakdirkan ia terjadi lagi sekali lagi .. aku yang baru selesai melakukan sesuatu pekerjaan pulang kerumah .. tiba-tiba ada suatu perasaan halus datang menusuk hati… perasaan untuk Mr.Blue … aku dialam imaginasi meronta-ronta mahu bertemunya… namun dialam realitI aku pantas meningkahnya.. solat perlu dilaksanakan… solat perlu kehadiran hati.. sebelum mengangkat takbir aku bercakap kepada diriku “hadirlah hati, Cuma sebentar sahaja, kemudian bolehlah berjumpa Mr.Blue” … Setelah selesai melaksanakan solat… aku bertemu dia dialam sana.. alam minda … disitu dia sudah menunggu.. sudah lama menunggu … mukanya kesedihan.. duduk sambil meraup separuh muka ,kedua siku dan lutut berlaga apabila Mr.blue duduk tidak bersandar dan membongkok badan sedikit… matanya menghadap tasik… aku hanya memerhatikannya sahaja sebelum duduk di sebelah kanannya… pakaianku sama ,berkurung dan bertudung berwarna pink lembut.
Semasa memandangku wajahnya bertukar senyuman… aku dapat rasa dirinya gembira… aku tersenyum.. senyumannya amat menggembirakan aku… aku mulakan bicara aku “saya minta maaf sebab lambat , tadi saya ada kerja” … dia masih tersenyum.. “ tak pe” dia berkata … detik tu la pertama kali aku mendengar suaranya.. kami berdua tersenyum dan terus menikmati keindahan tasik.. angin sepoi2 bahasa….
Dan tiba-tiba jantung aku bagai berdetak-detak.. teringin sangat mahu dia menyebut nama aku.. dan bagai mampu membaca fikiran ku.. “Ain” dia berkata kepadaku sambil tersenyum.. Astaghfirullahalazim… subhanallah…. Aku menyahutnya “Ya”… dia kembali tersenyum, aku tidak menyatakan yang aku menggelarnya Mr.Blue..Cuma dalam diam aku berasa pelik bagaimana dia mengetahui namaku sedangkan aku tidak mengetahui namanya, dan aku tidak sedikit pun mahu bertanya namanya… dan keadaan kami bisu dengan sebarang perbualan.
kemudian di bangku panjang berdekatan kami telah di duduki oleh seorang lelaki dan perempuan..aku dan Mr.Blue memandang mereka sambil tersenyum…namun mereka sedikit berbeza... perempuan berkenaan sama seperti Mr.Blue… seorang perempuan yang mempunyai jasad berwarna pink pekat, berbaju gaun paras lutut, rambutnya yang berwarna pink pekat berstail seperti movie holywood hairspray dan bereben itu aku perhatikan . dia sangat manis tersenyum… kemudian mataku menyoroti pasangannya.. pasangannya diam mencuka..sedikit pun tidak tersenyum..seperti orang marah gayanya…duduk sambil berpluk tubuh...tapi aku tahu dia adalah manusia yang sama sepertiku …Allah Maha mengetahui siapakah dia….pertemuan kali kedua berakhir apabila waktu dipanggil senja…azan akan berkumandang… “Awak jom balik” kataku… dia pun bangkit tanpa banyak menyoal… pasangan disebelah, kami tidak ambil pusing lagi.. zupppp fikiran aku telah kembali kealam reality.. azan maghrib berkumandang di kaca tv3.
Hari ketiga.. aku membiarkan diri termenung di hadapan Tv sambil mengingatkan pertemuan dengan Mr.Blue.. sambil bertanya kepada diri sendiri.. siapakah Mr.Blue…dan aku sedari kulit Mr.Blue bukan seperti manusia biasa.. kulitnya seakan plastiK keras..ia bagai suatu anyaman bakul…namun ia anyaman yang sangat kemas dan cantik.. subhanAllah permainan minda…aku melayang.. kini bangku yang sering diduduki kami kosong .. aku memerhatikan sekeliling.. sunyi sepi… aku mengagak waktunya seawal pukul 4 petang…kini aku duduk dibangku tanpa ditemani Mr.Blue.. dimana Mr.Blue??? aku hanya membiarkan diri sahaja dipukul angin tasik…aku setia menunggu …mungkin inilah perasaan Mr.Blue semasa menungguku pada pertemuan kedua….setelah lama aku menunggu,aku membuat keputusan kembali ke pemikiran sebenar..menghadirkan hati menyembah tuhan yang 1.
kini aku berasa jam berginjak ke pukul 6 petang… seimbas aku teRus kembali kealam pemikiran minda.. kerusi panjang itu masih kosong tidak diduduki…aku duduk dan termenung menunggunya… akhirnya dari kejauhan aku Nampak kelibatnya belari anak menuruni anak tangga.. wajahnye tersenyum… aku gembira dan sedikit pun tidak marah … sebenarnya kami langsung tidak berjanji mahu berjumpa..langsung tidak merancang… namun semuanya berlaku seperti ini… kami duduk.. dan seperti biasa melayani fikiran masing2.. masing-masing diam namun dalam diam.. berasa bahagia.
Hari seterusnya tiada pertemuan lagi diantara aku dan dia di taman tasik itu.. kerana pertemuan seterusnya berlangsung dirumahku.. huhhh pelik...namun aku tetap menerima...tepat sahaja masa aku bersendirian dia akan datang kepadaku.. hanya mata hati aku sahaja yang nampak kelibatnya tersenyum sejurus duduk bersilang kaki mengikut cara duduk ku di ruang tamu...dia menemani aku membaca akhbar harian..dialam nyata aku masih tersenyum memandang kerusi disebelah yang kosong tiada diduduki orang , namun bagi aku hanya Mr.Blue yang duduk disitu merenung dan menemani aku membaca akhbar, secara logiknya andai memang dia objek yang mampu dilihat oleh mata kasar..mahunya keluarga aku tak kasi masuk rumah.
Aku bangun dari situ, sejurus minda ku merasakan Mr.Blue juga bangun sekali , tapi kedudukannya kini aku gagal mentafsirkan.. di dalam hati, aku tersenyum.
Tapi aku terfikir sampai bila ini akan terjadi??? Siapakah dia.. disebalik semua ini pasti ada hikmahnya.. hikmahnya hanya Allah yang tahu... Mr.Blue masih berada dalam diri ku.. kadang kala dia berwajah muram.. namun bila aku bersamanya dia tersenyum... gerak gerinya aku perhatikan dari mata hati.. dan setelah beberapa lama aku cuba mengenal dirinya kini barulah ku tahu nama sebenar Mr.Blue ialah kesunyian. Apabila dia sudah tahu siapa dia padaku..aku Cuma tersenyum...dia kembali tersenyum.. dia dan aku wajar bersama..seakan bercinta dalam minda.
I LOVE MY MR BLUE <3