Tepat 6.30am,ak dikejutkan deringan alarm jam ak..mengelabah sebentar..mungkin aku terkejut..bermula 1 hari yang baru untuk aku..hari yang boleh dikatakan 1 hari yang penting..semuanya tercatat rapi dalam surat tawaran interview aku:
Dari: Pejabat setiausaha kerajaan
Negeri Selangor Darul Ehsan
Sukacitanya menyatakan bahawa saudara/i
Ain Syuhada Binti Mahamod
F**9 LRG 13,
KG. Bharu Nelayan
45300 Big River,Selangor
Telah dijemput menghadiri temuduga bagi
pinjaman negeri selangor
Aku kemudian beristigfar sebentar,trus masuk ke toilet menyiapkan diri mengerjakan solat subuh yang entah beberapa minit sahaja habis waktunya..rutin aku yang sukar nak di ubah..tapi walaubagaimanapun aku takkan sesekali meninggalkan wajib yang 5 itu..insyaAllah
|
Solat JANGAN tinggal ye kawan2 |
Rasa gembira apabila aku dihantar sendiri oleh mak ngan abah,tapi anak mana tak serba salah menyusahkan ibubapa hantar ke tempat temuduga tu...bukan aku nak sangat mak ngan abah hantar aku,ni pun atas permintaan mereka sendiri yang menggesa aku supaya balik sama2 mereka pada ahad lepas...kalo tidak,aku pegi saje nek KTM..tapi aku sangat bersyukur (^^)Y
|
Warga Malaysia memang beruntung adanya KTM ni..murah dan jimat |
Tepat 0806am aku bersama mak ngan abah bertolak dari sungai besar menuju shah alam..melihat ayahku yang mula mengantuk menambahkan lagi kekesalan dihati aku,mak aku yang tak kurang hebatnya memandu,menyambung pemanduan abah yang terhenti..dalam hati aku timbul satu kekesalan lagi "kan bagus kalo aku ada lesen kereta,tak payah mak ngan abah pandu" dalam hati aku berkata lagi"Kesian abah,penat dia nak anta aku pegi interview",dan dalam hati aku juga seringkali aku berdoa dengan tulus hati aku "Ya Rabbi,Ampunkanlah segala dosa mak ngan abah,limpah ruahkanlah rezeki mereka,lindungilah mereka,selamatkanlah mereka"
|
Tak rugi doakan ibubapa..tak kurang pun duit andai doakan mak ngan ayah,makin melimpah ruah lagi adala (^^)Y |
1022am,Alhamdulillah kami selamat sampai bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah..rintikan hujan tak menghalang semangat aku ..walapun terasa ada rama2 didalam perut..aku berjalan masuk ke perkarangan Ballroom Dewan Jubli Perak dan ternampak seseorang,orang tu memang aku kenal,tapi disebabkan aku ni menghadapi masalah rabun sikit2,menyebabkan aku terpaksa fokus dan memang aku tak silap lagi yang aku nampak tu Nurul Athirah Ibrahim..aku panggil dia Athirah..dia dah lepas temuduga pinjaman yang aku mintak tu juga..Dia sempat pesan kat aku "AinSyu Gud Luck"
|
Terima kasih kepada keluarga+kawan2 yang wish aku gud luck |
Dengan muka tenang aku masuk ke dalam dewan serba indah itu,terdetik didalam hati "Ramaiiii Gilerr",aku pun berhenti di satu kaunter,seorang urusetia bertanya kepada aku "Cik panel berapa??"aku pun jawap, "panel 2",lelaki itu berkata lagi "oo sila sain kat nama cik,ni no cik" aku ambik no tu "no 19,no kegemaran aku". semoga ada tuah disebalik nombor 19 ni ..Aminnn
|
nape aku suka no 19 sebab aku lahir 19/12 |
Aku menunggu giliran dengan penuh sabar..1100am..1145am..1215pm..1250pm..1300pm...1315pm..Dan Akhirnya ,No 19 sila masuk..berbunga2 hati aku apabila dipanggil masuk..aku ditanya mengenai apa yang berkaitan pasal aku..takpela andai nak tau gak soalan yang dia tanye..aku bagi tau..contohnya
1)Terangkan pasal latarbelakang anda,pendidikan
2)Terangkan kursus yang anda sedang ambil.
3)Dimana anda 10tahun dari sekarang??
4)Apa peranan anda pada masyarakat apabila anda terlibat dalam kursus ini??
Setelah aku ditemuduga hampir 10minit,berasa sedikit kelegaan namun sedikit kecewa sebab aku kurang yakin dengan reaksi panel tu samada dia terima atau tidak..namun aku membuat keputusan melupakannya sahaja..pass is pass.
Aku kembali ke UKM,berjuang kembali untuk menghadapi 2paper final sebelum bercuti..Terima kasih banyak2 kat Mak ngan Abah sebab hantar aku ke sini.
|
UniversitiKu |