Assalamualaikum dan terima kasih la lawat blog saya ye,dan teruskan sokongan anda yer he5
Ni adalah 1 perkongsian dan pengalaman nak saya cite..mungkin ia menjadi 1 pengetahuan anda...apa saya nak cite ialah pasal Bracers=Pendakap Gigi. He5 disebabkan masa ni saya berasa sangat sakit memakai pendakap gigi ni,saya cuba lepaskan kemarahan ni melalui penulisan blog mengenai Bracers.
Cantek plak warna warni ni he5 |
Sudah 1 tahun setengah bracers ni melekat kat gigi saya ni...sebenanya kadang2 sakit juga lepas jumpa doktor masa temu janji..sebab doktor tu akan ketatkan lagi bracers ni...rasanya macam ni..cuba tolak salah satu gigi anda guna jari,tolak tau...tolak je sampai sejam dua jangan lepaskan..rasa sengal2 kan he5 camtu la rasanya.
Kat bawah ni ada penerangan sedikit pasal Bracers
Ni Bukan gigi saya ye he5 |
Sekarang ni gambar diatas memang macam bracers saya.Doktor saya suruh guna Rubber band,Mungkin untuk menarik barisan gigi bawah saya jadi rapat..Yela bila sebatang gigi di cabut mesti ada gap antara satu gigi ke satu gigi kan??he5
Fakta nye masa saya nak buat bracers ni 4 batang gigi kene cabut.Jadi gap antara gigi tu memang ada la.Sebelum ni saya tak pakai rubber band tu,tapi sekarang doktor suruh pakai 24jam..susah sikit la bila nak makan n bukak mulut...kalo sakit sangat gigi pakai rubber band tepaksa jugak bukak..arghhh sakit2 sedap la rasa dia fuhhhh Mantop ha5
Kat bawah ni ada penerangan sedikit pasal Bracers..boleh refer picture kat atas tu la.
Archwire: Ini adalah kabel utama di bahagian luar gigi anda. Diibaratkan sebagai pasukan besar yang menggerakkan gigi Anda. archwire ini juga menyediakan trek sepanjang pergerakan gigi menjadi lurus.
Bands: logam tipis dipasang pada gigi dan kemudian disemen di tempat(permukaan gigi). Mereka membawa kurung, tabung, kait, atau tuas berputar (dengan kata lain, mereka menjadi pegangan pada gigi Anda). sebagai isyarat untuk memahami pergerakan gigi dan mengendalikan setiap gigi individu.
Bracket: macam skru kecil, yang terikat pada gigi Anda. Bracket menghubungkan archwire ke gigi Anda.
Elastis ligature: modul berwarna, digunakan untuk meletakkan archwire ke brackets. Ada banyak warna untuk dipilih. Modul berwarna hijau gelap pada foto di atas.
HOOK: digunakan untuk menerapkan kekuatan ke archwire atau gigi individu. Ini biasanya digunakan untuk menyangkut rubber band.
Rubber bands: Sering disebut "elastis", Rubber bands yang digunakan untuk menyediakan tarikan khusus untuk gigi Anda. Kekuatan ini tidak dapat dicapai dengan archwires sendiri dan kerjasama pada pemakai diperlukan.
waaaa gigi dia kah5 |
Baiklah Sekarang mari bincangkan pasal
Hukum pemakaian Bracers atau pendakap gigi dalam islam.
Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;
Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة
“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;
لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ
“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)
Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).
Kesimpulannya:
Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.
Terima kasih Baca Blog Saya nak komen???silakan yer
Datang lagi yer he5 |
anda rajin.. tahniah..
ReplyDeleteda bukak braces ke? hehe
ReplyDeletekaki terbang:Ye Terima kasih en.syamim ...harap anda juga pun begitu (^^)v
ReplyDeleteMiss Loyaler Freund:(nama org prancis k n??) blum lagi cik anis uiii ia masih mlekat kukuh bersama semen lagi ha5
yup... :)
ReplyDeletehhu
ReplyDelete