Diri ini kekurangan sesuatu yang berharga,mujur ia tak hilang terus dari diri ini..menjejakkan kaki di IPTA ni rupanya bukan mudah untuk diri ini...diri ini masih cuba mengadaptasi kehidupan serba bebas tanpa kongkongan guru2..sepatutnya perkara ini telah aku buat sejak semesta lepas tapi kini kesedaran mengejutkan gerakan aku...aku masih dalam masa mengadaptasi...ohhhhh tidak mungkin..tapi itulah hakikatnya.
Andai anda ada adik,pesankan kepadanya "Dik belajarla sampai habis menara gading o kerja"..bukan "Dik belajar rajin supaya masuk menara gading"..mungkin nampak biasa bagi sesetengah orang..tapi bagi aku..aku dulu berpegang dengan "Belajar rajin2 supaya masuk menara gading"...menyebabkan bila aku mulakan sesi pembelajaran di U,semangat aku sudah luntur sedikit untuk belajar sebab aku dah masuk U..aku sudah capainya..tapi nak meneruskan hidup di U...aku cuba bangkit kembali...tapi bagaimana...solat dan doa pastinya perlu untuk masalah ini,tapi adakah cukup tanpa praktikalnya??
Diibaratkan seperti diriku..seakan terkapai2..Nauzubillah |
aku cuba berfikir dan mengoogle maklumat dari sudut pembacaan,sebahagiannya aku amat tertarik dan aku harap ia boleh memulihkan semangat aku.
ini sumber pembacaan aku untuk cuba kembalikan semangat yang aku sedari wajib aku gali kembali...kita kongsi2 la ye
Apakah yang membezakan antara orang-orang yang berjaya dengan yang kurang berjaya? Albert E.N. Gray dalam eseinya "The Common Denominator of Success" menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai oleh orang-orang yang berjaya bukannya kerana kerja kuat, nasib baik atau bijak dalam selok-belok perhubungan manusia walaupun semua itu adalah penting.
Katanya:
"Orang yang berjaya mempunyai amalan membuat perkara yang mana orang gagal tidak suka melakukan."
Satu faktor yang jelas menjadi inti kejayaan mereka ialah orang-orang yang berjaya sentiasa mengukir amalan keberkesanan dalam hidup mereka. Mereka sentiasa menggunakan fikiran dan tenaga mereka untuk perkara-perkara yang berfaedah.
"kata-kata yang memberi aku petunjuk"
mendahulukan apa yang paling penting dahulu serta yang memberikan pulangan maksimum.
Aku xboleh patah semangat...semua orang semangat..aku pasti boleh |
Terima kasih baca blog saya,sebarang komen dialu-alukan
No comments:
Post a Comment