Assalamulaikum kepada yang membaca,kami nak cite 1 bende kat hampa.
Mungkin sedikit sebanyak boleh menolong...he5
kisahnya bermula pada suatu petang,jam tepat 7.25pm mengikut piawaian sirim untuk waktu Malaysia,Seorang hamba Allah telah pergi ke tandas untuk beristinja' dan membersihkan diri..disebabkan dia masih berada didalam tandas dan OTW beristinja'..Tepat 7.29pm azan maghrib pun berkumandang dengan kuat dan merdunya...Tiba-tiba dia berasa keliru samada perlu atau tidak menjawab seruan semesta alam itu..Maka dia hanya mendiamkan diri sahaja namun dalam hatinya menjawab seruan itu walaupun dia barasa was2 samada boleh atau tidak menjawabnya.
|
Adek saye n la yg tnye Boleh atau tidak he5 |
Mungkin perkara ini hanya perkara kecil sahaja bagi sesetengah orang tapi bagi saya ini melibatkan kalimah suci seperti nama-nama Allah yang terdapat dalam asmaulhusna.
SO????
(PUNYE BESA')
PENYELESAIAN YANG DAPAT DICARI
|
Azan merupakan seruan bagi umat islam mengerjakan solat |
Ini adalah dari sumber yang saya carik:Terlebih dahulu perlu dibezakan apa yang sedang dilakukan di dalam tandas. Jika sekadar menyikat rambut atau membasuh muka di dalam tandas, maka dibolehkan membaca doa dan sebagainya dengan sebutan di mulut.
Namun jika sedang membuang air besar atau air kecil di dalam tandas, memandangkan menyebut nama Allah Taala di dalam tempat seperti itu tidak diharuskan. Cukup sekadar menjawab di dalam hati sahaja.
Dalam perkara yang lain tetapi hampir sama:
Drpd Ibn Umar ra katanya bhw seorang lelaki berselisih dgn Nabi saw sedang Nabi saw sedang membuang air. Org itu memberi salam kpd baginda tetapi tidak dijawabnya."[HR Muslim]
Namun setelah selesai, baginda meminta maaf kepada orang itu dan menjelaskan: “Sesungguhnya saya tidak suka menyebut nama Allah Azza wa Jalla kecuali apabila dalam keadaan suci.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 17]
Di dalam ucapan “Assalamu’alaikum” terdapat salah satu nama Allah, iaitu as-Salam.
Maka sebaik2nya jika ada orang memberi salam atau pada masa itu anda sedang beristinja' semasa azan sedang dilaungkan,bolehlah menjawabnye didalam hati sahaja..jangan dilafazkan keluar melalui mulut .
|
Dilarang melafazkan kalimah Allah didalam tandas,
itu tandanya tak memuliakan namanya. |
kepada kawan yang nak memperbetulkan apa2..bole la nyatakan ye...saya tidak sempurna
Terima kasih datang,rasa nak komen..silakan