Thursday, January 13, 2011

Perjuangan Ke Pertandingan Pertolongan Cemas 14

Tetap dalam unit berunifom sejak dari sekolah tinggi (^^)v


Assalamualaikum,rasanya dah lama saya tinggalkan blog saya.semenjak dua menjak ni.Memang sangat sibuk.Bukan sibuk buat kerja yang xberfaedah pun.Tapi diri ini sibuk menghadiri latihan2 fizikal untuk bersedia ke medan peperangan saya dan teman lain.Pertandingan tu sebenarnya terbuka kepada pelajar2 Tahun1 yang baru mendaftar masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Untuk siap sedia bertanding,saya bersama rakan saya perlu menjalani latihan yang bagi saya amat memenatkan dan menyakitkan fizikal dan emosi.Kami dibimbing oleh senior yang terlatih iaitu mereka yang telah menyertai pertandingan tersebut.Kami sangat beruntung kerana kami mendapat senior yang memperoleh gelaran johan pertandingan 13tahun tanpa kalah.Kolej Ibrahim Yaakub(KIY),sentiasa melahirkan johan2 pertandingan pertolongan cemas peringkat UKM.
4Bulan menjalani pahit getir.bemula dengan lebih daripada 10 orang berusaha meningkatkan ilmu pertolongan cemas.Semakin hari,semakin ramai yang menarik diri,kemugkinan faktor kesibukan mereka untuk menyiapkan kerja2 yang diberi oleh pensyarah dan final exam semakin hampir.

Tapi saya dan beberapa orang yang lain tabah dan sabar terus meningkatan prestasi diri.Terdetik juga dalam hati saya,"saya nak quit,saya penat dan dah x tahan".mungkin ini juga faktor ramai kawan saya yang lain menarik diri,tapi Allah maha berkuasa.Dia mengkehendakkan sesuatu yang lain.
Training kami x lari dari membuat stretching: 
1)pumping (10x-30x)
2)sit up (10x-30x)
3)sandar kat dinding dan duduk separuh(macam dok kat kerusi,tapi kerusi xde) (1-2mnit)
4)lebarkan kaki sampai terasa ak tercabut urat kaki (1-2mnit)
5)lompat dan tunduk (10x-30x) 
6)Tampung badan dengan kaki dan hujung kaki sahaja (1-2mnit)
-ni paling menyeksakan.

Sikit je stretching tu tapi,seksa ya amat.Tak dapat dibayangkan macammana para prejurit buat pumping sampai >100X.Kalo saya dah syahid dulu dah rasanya.Tapi sebenarnya,hanya tu la cara nak tingkatkan stamina kami.sikit2 pun ramai yang xtahan tau.

Selepas 1bulan hanya tinggal 6orang sahaja.Antara calon2nya ialah:
Dari Kiri: JESSY  IEDA  AIN(saya)   ZARAH   JIE XING   TZE WEI.

 Haaa ni la team PPC14 KIY. Kami memang happyla andai berjumpa,siap bergosip sana sini.Semua perangai giler2.Memang banyak kenangan kami sama2.Kami memang harap kami 6orang ni dapat menang johan seperti senior kami masa pertandingan nanti.

Tapi,dugaan kami belum selesai rupanya.Tamparan demi tamparan dapat(bukan kami kene tampar ngan orang),semasa 2 minggu intensive training dijalankan(semasa cuti sem) Jessy..terpaksa menarik diri kerana mengalami otot terkoyak semasa dia bermain badminton.Jadi Jessy payah untuk membuat posisi tunduk kerana dia rasa amat sakit sewaktu merawat.Masa Kami nak lepaskan Jessy,rasa berat sangat.Tapi demi melihat dia xsakit dan menangis.Kami lepaskan  dia.

Kami meneruskan training bersama 5 orang sahaja..Petir datang lagi..Tze wei pula satu2nya peserta lelaki dalam pasukan kami terpaksa menarik diri kerana faktor tulang belakang.Kami juga dengan berat hati terpaksa lepaskan tze wei.Demi kesihatannya.
Perjuangan yang memang menguji mental dan fizikal..tapi kami 1 pasukan semuanya bersama.


Hari tze wei keluar kami berempat,saya ieda jie xing zarah diberitahu oleh senior jika kami tidak carik 2 orang lagi menggantikan Jessy dan tze wei..Kami tidak layak menyertai pertandingan..terasa nak luruh jantung kami ..kami berusaha menelefon dan mesej ahli2 BSMM tahun 1 yang lain,tapi mereka lebih suka berada dirumah bercuti bersama keluarga.Tapi kami faham.

Sinar datang kembali apabila senior memaklumkan ada orang telah memenuhkan ruang Jessy dan tze wei.Ahli pasukan yang baru iaitu Farahin dan Nik.


Tapi yang paling penting...Kami pasti berusaha (^^)v

PPC14 KAMI BOLEH BOLEH BOLEH

In This picture :FARA,JIEXING,NIK,AIN(saya),IEDA,IEDA,TZEWEI    not in the picture but in our heart: JESSY

3 comments:

  1. we are not perfect as all wish...but we try together to be a perfect team (^^)v

    ReplyDelete
  2. ain....ko memg....dari dulu unit beruniform....msti da tough!jeles2...hoho

    ReplyDelete
  3. mane ada bese2 je la...kurus tu ad la...sikit...he5 tp muka "2 dlam 1"

    ReplyDelete